Tentang Kami

KENALI KAMI

Latar Belakang

Kami merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pengurusan serta penyelesaian masalah haiwan perosak, dengan komitmen menyediakan perkhidmatan perundingan dan solusi berkualiti tinggi untuk kediaman serta premis perniagaan pada harga yang kompetitif.

Beroperasi sejak 2019, kami telah berjaya menyelenggara lebih daripada 300 premis dan kediaman, dengan pengalaman yang meluas dalam memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.

Sebagai syarikat yang berusaha ke arah perniagaan mesra alam, kawalan kami adalah di bawah pengawasan Lembaga Racun Makhluk Perosak dan Jabatan Pertanian Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sahaja.

PRINSIP PERNIAGAAN

Misi & Visi

Misi

  • Menyediakan penyelesaian pengurusan haiwan perosak yang berkualiti dengan pendekatan berasaskan teknologi dan inovasi terkini.
  • Mengutamakan penggunaan kaedah mesra alam dan selamat yang mematuhi piawaian antarabangsa.
  • Memberikan perkhidmatan yang pantas, berkesan, dan menyeluruh kepada pelanggan di pelbagai sektor.
  • Melatih dan membangunkan pasukan yang profesional serta berkemahiran tinggi untuk memberikan penyelesaian yang terbaik kepada pelanggan.

Visi

  • Menjadi peneraju dalam industri pengurusan haiwan perosak di Malaysia dengan perkhidmatan yang inovatif dan mesra alam.
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih untuk komuniti, kediaman, dan premis perniagaan.
  • Memperluas rangkaian perkhidmatan ke seluruh Malaysia dengan komitmen terhadap kualiti dan keberkesanan.
  • Mengukuhkan reputasi sebagai syarikat yang dipercayai dalam menyelesaikan masalah haiwan perosak dengan pendekatan profesional dan beretika.